Tuesday, December 11, 2012


70 peratus daftar sijil halal peniaga bukan Islam

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kira-kira 70 peratus daripada jumlah pendaftaran sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terdiri daripada golongan peniaga bukan Islam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (gambar) berkata, perkara itu menunjukkan peniaga bukan Islam lebih peka terhadap peraturan perniagaan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Tambah beliau, bagi peniaga Islam pula faktor utama mengapa ramai tidak mendapatkan sijil halal itu kerana tidak menyedari kepentingannya terhadap keyakinan pelanggan dan perkembangan perniagaan mereka.
"Peniaga Muslim berpendapat mereka tidak perlu mendaftar sijil halal kerana tahu tentang etika halal dalam makanan dan produk yang disediakan.
"Tanggapan sebegini perlu diubah kerana boleh menyebabkan pelanggan Islam was-was untuk mengunjungi premis perniagaan mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penguatkuasaan Undang-Undang Berkaitan Halal, di sini hari ini.
Menurut Mashitah, terdapat 406 kes pengusaha perniagaan yang dipantau Jakim ketika ini antaranya kerana percampuran bahan haram dan halal di tempat sama, penggunaan logo halal swasta dan penggunaan logo halal tanpa sijil sah.
Menyentuh berhubung seminar itu, beliau menambah, program tersebut diharap dapat menyedarkan pengusaha untuk lebih peka dengan pemantauan Jakim berhubung penggunaan logo halal selaras dengan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.
Katanya, seminar itu juga diharap dapat memberi kesedaran kepada pihak pengusaha tentang syarat-syarat pendaftaran sijil halal Jakim dan kepentingannya terhadap perniagaan masing-masing.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121211/dn_23/70-peratus-daftar-sijil-halal-peniaga-bukan-Islam#ixzz2Eh0YNJQK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, November 7, 2012

Taklimat Halal Di Dewan Suarah Kota Semarahan

 Salam sejahtera kepada semua. Ini adalah program promosi sistem HAQQ yang baru saja dijalankan di Negeri Sarawak. Majlis ini adalah anjuran HKN Consults, Jabatan Agama Islam Sarawak dan HAQQ sendiri.
 En Zubir (HAQQ) dan Pn Hajjah Asmawaty (JAIS) merupakan pelopor kepada pengenalan sistem HAQQ ke  Negeri Sarawak.
Peserta datang dari pelbagai industri sedang mendengar taklimat. Kehadiran melebihi 100 orang dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir.

Sunday, September 30, 2012



Assalam...

Nice to meet everyone again...
I'm glad to announce that we currently have engaged with Best Western and Park Royal Hotel Kuala Lumpur in addition to apply of Malaysian Halal Certification. Great teamwork between Internal Halal Committee and HAQQ member performed. We are targeting to get this halal certificate at the end of this year.

Currently HAQQ have 23 client from Kuala Lumpur and Shah Alam zone. We are now in progress to improve our Halal Management Audit System (HMAS) to Ver 3.0 for effective and efficient software for halal monitoring purposes.

Thank you very much to all our sincere clients for your continuous support.

Wednesday, February 22, 2012

Hajarul aswad

Misteri Hajarul Aswad.....

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”


Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )

Murah Rezeki


20 Amalan Menambahkan Rezeki
Posted by Ida Syuhada on February 21, 2012 at 10:55pm in Agama Islam
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya :
1. Menyempatkan diri beribadah.
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi :
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar.
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa.
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah.
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa.
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah.
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain.
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat.
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak.
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi.
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim.
Nabi s.a.w. bersabda:
Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah.
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud).
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .
15. Melazimi solat Dhuha.
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah. 
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu.
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa.
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya.
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal.
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Petikan MalaysiaRia

Thursday, January 19, 2012

Technology In Halal Industry


BRUNEI: Use of RFID to track Halal food products

Original Article Source: The Brunei Times
By Fitri Shahminan
THE Authority for Info-communications Technology Industry of Brunei Darussalam (AITI) in collaboration with the Ministry of Religious Affairs (MoRA) will soon implement a pilot project on tracking Halal food products through the use of Radio Frequency Identification (RFID) technology following the signing of an agreement on 11 January 2012.
The agreement was signed by AITI with a local IT company, John Harith Technology Sdn Bhd for the supply, development, delivery, installation, commissioning and to provide training and maintenance for Brunei-made RFID Halal Food Traceability System where the use of the technology will be piloted to the Religious Affairs ministry, an AITI press release stated.
Under this pilot project, the RFID traceability system will be developed by John Harith Technology Sdn Bhd to authenticate and track the Halal status for food products where the initial focus will be on detection of chicken and raw meat produced by the local abattoir.
The authentic Halal logo issued by the relevant authority will be validated using RFID tag embedded into the meat packages, the statement added.
A RFID reader will be placed at retail stores for consumers to authenticate the product's status and obtain range of information including the slaughtering processes, sources of ingredients, manufacturing, and expiry dates of the product. This pilot system will be carried out for six months involving users from the Halal Food Control Division of Ministry of Religious Affairs, one selected local abattoir and a retail store.
Chief Executive of AITI, Hj Yahkup Hj Menudin, in the statement was quoted as saying: "This technology is picking up in the food and packaging industry all around the world as it is being utilised to track inventory and food safety. In Brunei, food industry involving Halal status is one of the key areas that has the potential to leverage on RFID technology. This is simply because our Muslim consumers are very much concern about the authenticity of Halal food products. Hence, AITI and Ministry of Religious Affairs are very keen to collaborate in putting up RFID to better track the food status in our food market."
The signing event took place at Seri Kerna Hall, AITI office in Anggerek Desa.
Present to witness the signing were Dato Paduka Hj Alaihuddin Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Utama Hj Awang Mohd Taha, Permanent Secretary at the Ministry of Communications who is also Chairman of AITI, and Hj Abdul Aziz Orang Kaya Maharaja Lela Hj Yussof, Permanent Secretary at the Ministry of Religious Affairs.
Hj Yahkup signed on behalf of AITI, while John Harith Technology Sdn Bhd was represented by its General Manager, John Lim Wan Kee.
Over the past few years, AITI has been actively promoting the usage of RFID technology in Brunei through several initiatives including the set up of its own RFID Showcase Gallery and training of local resources and developers.
The statement added that RFID is one of the niche areas that has the potential for development of various applications in Brunei by the local ICT players. AITI hopes to rollout more pilot programs of this kind with other relevant agencies in an effort to expand the adoption of RFID and promote the Brunei-made ICT products for growth and sustainability of the local ICT industry.

Sunday, January 8, 2012

Akta Perihal Dagangan 2011 (APD2011)


FRIDAY, 6 JANUARY 2012


Isu Logo Halal Selesai




SEJAUH mana tahap keprihatinan umat Islam negara ini terhadap status halal sesuatu produk terutama makanan? Jawapannya sangat tinggi. Setiap kali kita mahu membeli makanan, pasti kita akan tercari-cari logo halal di bungkusan selain melihat harga atau tarikh luput. Kita mungkin tidak tahu apa kandungan sesuatu produk kerana sering kali istilah digunakan saintifik, tetapi kalau disertakan logo halal, kita membelinya tanpa ragu-ragu.

Begitu juga kalau makan di restoran, kita akan melihat sama ada peniaga menampal logo halal atau sekurang-kurangnya menilai ia sebagai halal apabila pekerjanya memakai kopiah atau bertudung.

Persoalannya sekarang ialah sama ada logo halal yang ditampal itu diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Majlis Agama Islam Negeri (Main).

Isu ini sudah lama berlarutan, di sebalik aduan orang ramai serta pendedahan media, masih terdapat ribuan restoran dan produk makanan menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim.

Alasan mereka mudah, mahu menjimatkan masa dengan membeli logo halal daripada syarikat swasta. Jika menerusi Jakim ia melalui proses lama kerana pihak berkuasa akan meneliti dan memeriksa semua aspek termasuk kebersihan premis.

Bermula tahun ini, alasan itu tidak boleh dipakai lagi kerana menerusi Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang diluluskan Parlimen pada 11 Julai lalu meletakkan Jakim dan Main sebagai agensi berwibawa yang mengeluarkan sijil dan logo halal di Malaysia.

Berbeza dengan APD 1972, mengikut Perintah Perihal Dagangan Penggunaan Perbahasaan Halal 1975 tidak menyatakan nama pihak berkuasa sehingga menyebabkan kekeliruan, maka dengan itu, Jakim bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggubal APD 2011 dengan menyebut Jakim dan Main sebagai agensi mengeluarkan sijil dan logo halal.

Menjelaskan lanjut, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, terdapat dua seksyen dalam APD 2011 yang berkaitan dengan pensijilan halal iaitu Seksyen 28 dan Seksyen 29.

"Seksyen 28 memperuntukkan kuasa menteri mentakrifkan apa-apa ungkapan dan bagi menghendaki maklumat diberikan. Menteri boleh menetapkan erti berkenaan sama ada ungkapan digunakan dalam perjalanan perdagangan, perniagaan atau dalam hal keadaan dinyatakan dalam perintah itu, maka berdasarkan seksyen ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengeluarkan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011," katanya.

Beliau berkata, Seksyen 29 pula, menteri boleh menamakan mana-mana pihak berkuasa untuk memperakukan, menandakan, membekalkan atau menawarkan ke atas sesuatu barangan termasuk yang berkaitan dengan pensijilan halal.

"Maka berdasarkan seksyen ini, Menteri KPDNKK mengeluarkan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Bagi penandaan logo dan pensijilan halal, Jakim dan Main dinamakan sebagai agensi pensijilan halal di negara ini yang diiktiraf mengikut APD 2011 sekali gus tiada lagi logo halal lain kecuali logo halal Malaysia," katanya.

Terdapat tujuh perkara mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 yang menetapkan suatu makanan, barangan atau perkhidmatan memakai perkataan 'halal' atau mana-mana istilah lain menunjukkan ia boleh digunakan orang Islam iaitu tidak mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang dilarang hukum syarak atau tidak disembelih mengikut hukum syarak; tidak mengandungi unsur najis mengikut hukum syarak; tidak memabukkan mengikut hukum syarak; tidak mengandungi bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan hukum syarak; selamat digunakan atau dimakan, tidak beracun, atau tidak memudaratkan kesihatan.

Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan dicemari najis mengikut hukum syarak dan dalam masa penyediaan, pemprosesan atau penyimpanan tidak bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang dilarang Islam serta terdapat unsur najis.

Othman berkata, mana-mana pihak membekalkan atau menawar makanan yang memperdaya atau mengelirukan orang ramai dengan menyatakan ia halal sudah melakukan kesalahan.

"Perbuatan itu termasuk penggunaan ayat suci al-Quran, perkara atau objek berkaitan dengan agama Islam di premis atau di bekas makanan," katanya.

Jika kesalahan itu dilakukan pertubuhan perbadanan mereka boleh didenda tidak melebihi RM5 juta dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya tidak melebihi RM10 juta. Bagi individu, dia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Jika melakukan kesalahan kedua atau berikutnya, dia boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 pula menetapkan hanya Jakim dan Main sebagai pihak berkuasa berwibawa untuk memperaku mana-mana makanan, barangan atau perkhidmatan itu halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Tiada seorang pun boleh memperaku bahawa mana-mana makanan, barangan atau perkhidmatan itu halal selain daripada pihak berkuasa berkenaan.

Bagi mendapatkan perakuan daripada pihak berkuasa itu, pemohon perlu mematuhi semua standard, prosedur dan pekeliling ditentukan Ketua Pengarah Jakim. Semua makanan atau barangan import yang dipasarkan di Malaysia tidak boleh diperihalkan sebagai halal kecuali diperakukan oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

Denda kesalahan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 jika membabitkan pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM250,000 manakala bagi kesalahan kedua atau seterusnya RM500,000.

Individu yang sabit kesalahan pula boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Othman berkata, APD 2011 sudah dikuatkuasakan pada 1 November 2011, tetapi kedua-dua perintah itu hanya berkuatkuasa bermula 1 Januari lalu.

"Bagaimanapun, Jakim memberikan tempoh satu tahun selepas berkuatkuasa perintah ini kepada mana-mana syarikat yang menggunakan logo halal syarikat swasta untuk menukarkannya, tetapi ia hanya bagi produk menggunakan pembungkusan atau kotak," katanya.

Beliau berkata, menerusi penguatkuasaan itu, isu penggunaanlogo halal tidak diiktiraf yang membelenggu pengguna Islam selama ini dapat diselesaikan, namun tidak menolak kemungkinan usaha pihak tidak bertanggungjawab tetap akan ada.

"Sehubungan itu kami dengan disokong kementerian serta agensi berkaitan sentiasa bersedia untuk melaksanakan penguatkuasaan. Saya juga berharap masyarakat mengambil berat mengenai logo halal yang dikeluarkan selepas ini kerana ia bukan saja membuktikan produk itu halal, tetapi menunjukkan tahap kebersihan serta kesucian semua peringkat proses pembuatannya," katanya.

Selain itu, Jakim turut merancang pelbagai pendekatan menghebahkan APD2011 dengan motto 1 Halal 1 Malaysia merangkumi program jelajah bagi memberi penjelasan mengenai perintah itu termasuk melalui media massa selain kepada pihak industri, agensi kerajaan berkaitan termasuk melalui khutbah dan kempen pintu ke pintu.

Friday, January 6, 2012

Maklumat Tentang BA ALIF BA YA


B*** adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Kadang juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, b*** adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing. Dalam al-Quran, sebagai haiwan, b*** hukumnya najis jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. B*** juga diharamkan untuk dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh di kalangan Kristian.

PENYAKIT YANG DIAKIBATKAN DARI DAGING B***

DR Murad Hoffman, Daniel S Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan asisten Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang bisa dijangkiti dari b***. Di antaranya:

* Anthrax* Ascaris suum* Botulism* Brucella suis * Cryptosporidiosis* Entamoeba polecki* Erysipelothrix shusiopathiae* Flavobacterium group IIb-like bacteria * Influenza* Leptospirosis* Pasteurella aerogenes * Pasteurella multocida * Pigbel* Rabies * Salmonella cholerae-suis* Salmonellosis* Sarcosporidiosis* Scabies* Streptococcus dysgalactiae (group L)* Streptococcus milleri* Streptococcus suis type 2 (group R)* Swine vesicular disease* Taenia solium* Trichinella spiralis* Yersinia enterocolitica* Yersinia pseudotuberculosis.http://id.wikipedia .org/wiki/ B***

ANTARA FAKTA-FAKTA MENGAPA B*** HARAM

Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia dari darah b*** menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat), suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesIhatan manusia, bersifat racun. Dengan kata lain uric acid sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Dalam Islam dikenal peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tindakan membiarkan urat-urat dan organ organ lainnya utuh. Dengan cara ini menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada organ asasnya, sebab jika organ-organ misalnya jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun, dan pada masa-masa kinilah para ahli makanan telah menyadari akan perkara ini, subhanallah.

Apakah kita tahu kalau b*** tidak dapat disembelih di leher? Kerana b*** tidak memiliki leher? Bagi orang muslim beranggapan kalau b*** memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan mencipta haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa b*** sebagai rerumah dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, sistem biochemistry b*** mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT jelas telah MENGHARAMKANNYA B***

a. QS. Al Baqoroh (2) : 173
b. QS. Al Maa'idah (5) : 3
c. QS. Al An `Aam (6) : 145
d. QS. An Nahl (16) : 115

KENYATAAN MUDAH TENTANG KEBURUKAN DAGING B***

B*** adalah binatang yang paling hodoh dan kotor, Suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri & kotoran manusia pun dimakannya. Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. B*** haiwan pemalas dan tidak suka bekerja (mencari pakan), tidak tahan terhadap sinar matahari, tapi makannya rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan paling rakus di antara haiwan jinak lainnya. Jika tambah umur, jadi makin malas & lemah (tidak berhasrat menerkam dan membela diri). Suka dengan sejenis dan tidak pencemburu. (Buku : Adaptive physiology on mammals and birds).

Pengguna daging b*** sering mengeluhkan bau busuk pada daging b*** (menurut penelitian ilmiah, hal tsb. disebabkan karana pundi najis b*** sering bocor, sehingga tahi b*** merebak ke daging). Lemak punggung b*** tebal, b*** memiliki back fat (lemak punggung) yang sangat tebal.

Pemakan b*** sering memilih daging b*** yg lemak punggungnya nipis, karana semakin tipis lemak punggungnya, dianggap semakin baik kualitinya. Sifat lemak punggung b*** adalah mudah mengalami oxidative rancidity.

B*** adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, entah kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Kadang ia mengencingi kotorannya dan memakannya jika berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. B*** adalah haiwan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama jika dibiarkan. Kulit orang yang memakan b*** akan mengeluarkan bau yang hanyir.

Penelitian ilmiah modern di dua negara Timur & Barat, yaitu Cina dan Swedia. Cina (majoriti penduduknya penyembah berhala) & Swedia (majoriti penduduknya sekular) menyatakan:

"Daging b*** merupakan merupakan penyebab utama kanser anus & kolon". Peratus penderita penyakit ini di negara negara yang penduduknya memakan b***, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000.

Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. B*** banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara b***, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60’C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Bila ada b***, maka dalam tubuh b***, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hong Kong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong).

Daging b*** adalah daging yang sangat susah dihadam karana banyak mengandung lemak. Meskipun empuk dan terlihat begitu enak dan lazat, namun daging b*** susah dihadam. Ibaratnya racun, seperti halnya kolesterol! Selain itu, daging b*** menyebabkan banyak penyakit :

pengerasan pada urat nadi, naiknya tekanan darah, nyeri dada yang mencekam (angina pectoris) , dan radang pada sendi-sendi.

Sekitar tahun 2001 pernah terjadi para doktor Amerika berhasil mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang perempuan, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesihatan yang ia rasakan setelah mengambil makanan khas meksiko yang terkenal berupa daging b***, hamburger (ham = b***, sebab aslinya, hamburger adalah dari daging b***). Sang perempuan menegaskan bahwa dirinya merasa penat-penat (letih) selama 3 tahun setelah makan daging b***. Telur cacing tsb menempel di dinding usus pada tubuh sang perempuan tersebut, kemudian bergerak bersamaan dengan peredaran darah sampai ke ujungnya, iaitu otak. Dan ketika cacing itu sampai di otak, maka ia menyebabkan sakit yang ringan pada awalnya, hingga akhirnya mati dan tidak bisa keluar darinya. Hal ini menyebabkan dis-fungsi yang sangat keras pada susunan organ di kawasan yang mengelilingi cacing itu di otak. Penyakit-penyakit "cacing pita" merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang terjadi melalui pemakanan daging b***. Ia berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar ”1000 ekor dengan panjang antara 4 - 10 meter”, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).

Saya pernah membaca sebuah artikel yang mengatakan : ”Bahwa seseorang itu berkelakuan sesuai dengan apa yang dimakannya.” Melihat tayangan di salah satu TV swasta kelmarin, seorang profesor dari IPB (lupa namanya) telah meneliti struktur DNA b***. Sesuatu yang mengejutkan ternyata, struktur gen b*** itu mirip dengan struktur gen manusia. Jadi dapat dikatakan gen b*** = gen manusia, jadi sama dengan kita memakan daging manusia (=kanibal), na'udzubillah.

Jadi ada betulnya artikel tadi mengatakan kalau kita memakan b*** bukan tidak mungkin karakter b*** menempel pada kita, tidak pada kita, boleh jadi pada keturunan kita ! wallahu a’lam.

KEHARAMAN B***

Menggunakan b*** hukumnya haram, baik atas daging, lemak, maupun bagian-bagian lainnya. Firman Allah SWT dalam QS.5:3 mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging b***. Demikian juga dengan firman-Nya dalam QS.6:145 dan QS.16.115, mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging b***. Dalil-dalil pada beberapa ayat ini merupakan nash yang jelas, yang menegaskan tentang keharaman, antara lain menggunakan b***.

Al-Qur’an menggunakan kata lahma (daging) karena sebagian besar pengambilan manfaat dari b*** adalah daging. Selain itu, dalam daging b*** selalu terdapat lemak. Al-Qur’an menggunakan kata lahma, pengharaman b*** bukan hanya dagingnya. Tetapi seluruh tubuh haiwan b***.

Pandangan ini sesuai dengan kaedah ushul fiqh: min dzikri’l-juz I wa iradati’l kulli. Artinya yang disebutkan sebahagian dan dikehendaki seluruhnya.Bahwa daging b*** mengandung cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah mengenalnya. Ternyata tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan b***. Lemak b*** mengandung kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak hewan lainnya. Darahnya mengandung asam urat paling tinggi. Asam urat merupakan bahan yan jika terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai penyakit pada manusia. Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa sedikitnya 70 jenis penyakit yang lazim dihidap haiwan b*** dan beberapa diantaranya dapat menjankiti manusia yang memakannya.

Hikmah diharamkannya daging b***, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli kesehatan modern. Mereka mengatakan bahwa cacing tersebut mudah dihilangkan bahkan dengan teknik pemasakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh menyesatkan karana b*** itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT mengharamkan sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap bahwa peralatan masak modern telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menrima kalau daging b*** tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.

Mereka lupa bahwa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahwa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung dalam daging b***. Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui bentuk dan karakteristik segala makhluk-Nya.

Munculnya penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) di Malaysia, nyaris semua mata kembali terbuka. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari b***. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan b***. Namun sejauh ini manusia tetap nekad memakannya.

B*** DALAM DUNIA FARMASI

Bagi pengguna Muslim b*** adalah “jawara”-nya bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Padahal b*** sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, dikaranakan adanya kemiripan sistem penting dalam tubuhnya. Keterlibatan b*** dalam industri farmasi ternyata cukup signifikan. Mulai dari cangkang kapsul baik sebagai kapsul lunak, penyumbang organ-organ tubuh, dan hormon serta enzimnya. Beberapa bagian dari b*** yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmasi adalah sebagai berikut :

Kelenjar adrenal b***

Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal b*** pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.

Kelenjar pancreas b***

Salah satu hormon yang dihasilkan oleh organ ini adalah insulin. Insulin sangat akrab dengan penderita diabetes. Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia kedokteran adalah insulin b***. Untuk menghasilkan 1 pound insulin didapatkan dari 60 ribu ekor b*** serta diperkirakan mampu mengubati pengidap diabetes sebanyak 750-1.000 orang selama setahun . Jika produksi b*** pertahun sebanyak 85 juta maka insulin yang mampu dihasilkan selama setahun adalah 1.400 pound. Jumlah tersebut dapat mengubati pesakit sebanyak 1, 050 juta – 1,4 juta pertahunnya. Jumlah yang cukup besar. Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih sedikit mahal, ternyata cukup diminati oleh pesakit muslim untuk mengganti hormon insulin b***.

Lambung b***

Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).

Usus halus b***

Heparin adalah bahan yang ditemukan secara ekslusif pada dinding dalam usus halus (b***). Heparin diklasifikasikan sebagai produk pharmaceutical yang esensial.

Jantung b***

Jantung b*** digunakan untuk mengganti beberpa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian Jantung b*** yang digunakan pada manusia,ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahwa banyak kemiripan system vital yang terjadi pada manusia dan b***.

Kulit b***

Kulit dalam bentuk gelatin digunakan dalam industri pembuatan kapsul. Selain itu kolagen yang merupakan bagian dari kulit digunakan untuk menstimulasi pembekuan darah selama operasi pembedahan.

Darah b***

Fibrin darah yang diekstraks dari darah b*** digunakan untuk membuat asid amino yang menjadi bagian dari cairan infus yang ditujukan untuk memberikan nutrisi bagi pesakit yang mengalami beberapa pembedahan tertentu. Darah b*** juga dipergunakan untuk keperluan media microbial dan kultur sel.

MENGAPA B*** HARAM BUAT UMAT MUSLIM

Ada orang asing (ilmuwan) bertanya kepada seorang Ulama mengenai haiwan b*** ini.

Ilmuwan : Haramnya haiwan b*** bagi umat muslim adalah disebabkan karana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedokteran, bukannya mungkin nantinya haiwan b*** dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan b*** yang bersih akan menjadi halal?

Ulama : Haramnya b*** bukan karana sebab itu saja. Tetapi ada sifat B*** yang sangat diharamkan untuk umat Islam

Ilmuwan : Apakah itu? Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi isi dengan 2 ekor b*** jantan dan 1 ekor b*** betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menerkanya!! !

Ilmuwan : Tidak boleh!!!!??? ? Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 (ekor ayam betina, yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.

Ilmuwan : Pada kandang B***? Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor b*** jantan dan 1 ekor b*** betina. Ternyata 2 ekor b*** jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor b*** betina, tetapi yang terjadi adalah 2 ekor b*** jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor b*** betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor b*** jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut2an memakan b*** maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti b*** ini.

KATA USTAZ…
Perbezaan antara seorang mukmin dengan kafir dalam amal perbuatannya terutama didasarkan dari niatnya. Seorang yang beriman ketika mengerjakan sesuatu atau meninggalkannya, selalu mendasarkan tindakannya itu atas perintah dan larangan dari Allah SWT. Sebaliknya seorang kafir tidak pernah menjadikan perintah dan larangan Allah SWT sebagai landasan amalnya.

Misalnya, ketika seorang muslim melakukan solat dan ditanyakan kepadanya, mengapa dia solat?, maka jawabannya adalah bahwa karana Allah SWT telah memerintahkannya untuk solat. Tentang solat itu ada manfaatnya buat kesihatan atau ketenangan jiwa dan sebagainya, tidaklah menjadi landasan dasar atas solatnya. Dan di situlah niat yang sesungguhnya.

Demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan arak, zina, judi dan makan b***, niatnya semata-mata karana dia tunduk, taat dan patuh kepada larangan dari Allah SWT. Bukan sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi. Tidak minum arak bukan karana sekedar mabuk, melainkan semata-mata karana Allah SWT mengharamkannya. Tidak mau zina bukan karena takut kena sipilis atau HIV, tetapi karana ada larangan dari Allah SWT. Demikian juga, tidak makan b*** bukan karana takut ada cacing pita, melainkan karana Allah SWT sudah mengharamkannya.

Sebenarnya masih banyak lagi rahasia dan hikmah di balik pelarangan makan b*** yang boleh dapatkan. Namun semua itu sekadar menambah keyakinan yang sudah ada di dalam hati kita. Bukan sebagai landasan utama. Dan buat kita, apakah di balik larangan makan b*** itu ada hikmah atau tidak, sama sekali tidak ada hubungannya dengan ketaatan kita kepada Allah SWT yang telah melarang kita makan b***.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging b***, dan binatang yang disebut selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Semoga bermanfaat…. WALLAHUA'LAM
Tags: B***