Thursday, April 7, 2011

Taklimat Sistem Pengurusan Audit Halal di Sibu Sarawak

Alhamdulillah...diberikan peluang kali ke-2 oleh Jabatan Agama Islam Sarawak untuk memberikan taklimat berkaitan sistem ini. Kali ini bersama-sama Jawatankuasa Teknikal Halal Negeri Sarawak dipengerusikan oleh Menteri Muda dan ketua-ketua Jabatan di Negeri Sarawak. Beberapa kesimpulan boleh dirumuskan disini:

1. Jabatan Agama Islam Sarawak sedang membuat kajian akhir terhadap sistem ini. Cadangan pengunaan terhadap sistem sokongan ini akan dibentangkan pada mesyuarat bulan Mei 2011 melalui sokongan Jabatan Agama Islam Sarawak.
2. Di kesempatan hari tersebut, kami juga berbincang dengan Puan Laila Abdullah (Sales Manager) RH Hotel Sibu tentang kegunaan sistem ini. Kami sedang dalam peringkat akhir perbincangan untuk melantik RH Hotel Sibu sebagai Duta Produk bagi cawangan Sarawak. Semestinya kami akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Sarawak dalam merialisasikan cadangan ini.
3. Dengan surat sokongan dari Jabatan Agama islam Sarawak, kami bercadang untuk bekerjasama dengan JAIS untuk mengadakan taklimat khas dengan semua pengusaha hotel di Sarawak dalam mempromosikan sistem ini.

Sekiranya diizinkan Allah, kami berhasrat untuk menjadikan sistem ini sebagai platform untuk memartabatkan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM/JAIN sebagai satu amanah dan rasa tanggungjawab pihak pengusaha terhadap soal makan dan minum umat Islam secara amnya.