Thursday, March 3, 2011

Taklimat Halal Management Audit System di Halal Hub Cyberjaya

Kami mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Hub Halal Cyberjaya kerana telah memberi peluang kepada kami untuk memberikan penerangan berkaitan "Halal Management Audit System" pada 2hb Mac 2011. Hasil dari agenda tersebut, pihak Halal Hub mencadangkan beberapa perkara:

1. Dapatkan surat maklum-balas (reference) dari pengguna tentang sistem ini dan maklumkan semula kepada pihak Halal Hub Cyberjaya.
2. Sistem ini amat berkesan bagi aktiviti audit dalaman dan sesuai dijadikan sistem sokongan.
3. Bagi tujuan permohonan/perbaharui, JAKIM mencadangkan kaedah sedia-ada kerana ianya menjurus kepada aspek memudahkan proses permohonan.

Pihak Halal Hub Cyberjaya secara keseluruhannya bersetuju akan konsep yang cuba diterapkan dan akan memberi sokongan sepenuhnya mengikut keperluan Persijilan Halal Malaysia.