Thursday, March 3, 2011

Taklimat Halal Management Audit System di Halal Hub Cyberjaya

Kami mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Hub Halal Cyberjaya kerana telah memberi peluang kepada kami untuk memberikan penerangan berkaitan "Halal Management Audit System" pada 2hb Mac 2011. Hasil dari agenda tersebut, pihak Halal Hub mencadangkan beberapa perkara:

1. Dapatkan surat maklum-balas (reference) dari pengguna tentang sistem ini dan maklumkan semula kepada pihak Halal Hub Cyberjaya.
2. Sistem ini amat berkesan bagi aktiviti audit dalaman dan sesuai dijadikan sistem sokongan.
3. Bagi tujuan permohonan/perbaharui, JAKIM mencadangkan kaedah sedia-ada kerana ianya menjurus kepada aspek memudahkan proses permohonan.

Pihak Halal Hub Cyberjaya secara keseluruhannya bersetuju akan konsep yang cuba diterapkan dan akan memberi sokongan sepenuhnya mengikut keperluan Persijilan Halal Malaysia.

Wednesday, February 23, 2011

Penerangan Khas Di Jabatan Agama Islam Sarawak

Pada 22hb. Februari 2011 kami telah diberikan peluang untuk memberi taklimat khas berkaitan "Halal Management Audit System" kepada pegawai-pegawai Penguatkuasa bahagian Halal. Kesimpulan dari taklimat tersebut adalah seperti berikut:

1. Sistem sokongan ini perlu mendapat pengesahan dari JAKIM terlebih dahulu. Cadangan yang paling wajar adalah mewujudkan penterjemah "interface" diantara HMAS dengan E-HALAL supaya aturan permohonan bagi sistem E-HALAL tiada gangguan teknikal.

2. Sistem ini boleh digunakan oleh pengusaha hotel dan makanan di Sarawak memandangkan ianya memberi kelebihan dari aspek kemaskini dokumen, pemantauan oleh penguatkuasa serta kos yang mampu dibiayai.

3. Persetujuan daripada EXCO Bahagian Agama Islam Sarawak adalah perkara utama yang perlu diperolehi supaya sistem ini dapat memberi kesan positif jangka panjang dalam hal berkaitan Persijilan Halal Malaysia.

Kami dari pihak HAQQ ITS RESOURCES amat bersyukur dengan kerjasama yang telah diberikan oleh JAIN Sarawak dan kami dahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Monday, February 21, 2011

Welcome To HAQQ ITS RESOURCES



Gold Version (S2)
Premium Version (S1)


HAQQ ITS RESOURCES provides a complete array of e-business products and services with special focus on developing and improvement on Halal Certification software for small and medium enterprises (SMEs). We help businesses to capitalize on established web technologies to reach out to and better serve the clients.


Features available For S1 & S2:

Ø  Auto Alert for Expired Certificate (Supplier & Owner).
Ø  Auto Email Respond for Reminder.
Ø  Auto Self Audit Timetable (Every 3 Months)
Ø  Auto Menu-Recipe & Raw Material Checking.
Ø  Certificate Scanning & Upload Concept.
Ø  Online File Monitoring Concept.
Ø  Most Innovative Audit System.
Ø  Security Password for Client, JAKIM/JAIN.
Ø  Compliance with Persijilan Halal Malaysia.
Ø  ISO Standard Expiry Date Alert. – S2 only.
Ø  Product Gallery/Photo. – S2 only