Tuesday, December 11, 2012


70 peratus daftar sijil halal peniaga bukan Islam

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kira-kira 70 peratus daripada jumlah pendaftaran sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terdiri daripada golongan peniaga bukan Islam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (gambar) berkata, perkara itu menunjukkan peniaga bukan Islam lebih peka terhadap peraturan perniagaan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Tambah beliau, bagi peniaga Islam pula faktor utama mengapa ramai tidak mendapatkan sijil halal itu kerana tidak menyedari kepentingannya terhadap keyakinan pelanggan dan perkembangan perniagaan mereka.
"Peniaga Muslim berpendapat mereka tidak perlu mendaftar sijil halal kerana tahu tentang etika halal dalam makanan dan produk yang disediakan.
"Tanggapan sebegini perlu diubah kerana boleh menyebabkan pelanggan Islam was-was untuk mengunjungi premis perniagaan mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penguatkuasaan Undang-Undang Berkaitan Halal, di sini hari ini.
Menurut Mashitah, terdapat 406 kes pengusaha perniagaan yang dipantau Jakim ketika ini antaranya kerana percampuran bahan haram dan halal di tempat sama, penggunaan logo halal swasta dan penggunaan logo halal tanpa sijil sah.
Menyentuh berhubung seminar itu, beliau menambah, program tersebut diharap dapat menyedarkan pengusaha untuk lebih peka dengan pemantauan Jakim berhubung penggunaan logo halal selaras dengan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.
Katanya, seminar itu juga diharap dapat memberi kesedaran kepada pihak pengusaha tentang syarat-syarat pendaftaran sijil halal Jakim dan kepentingannya terhadap perniagaan masing-masing.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121211/dn_23/70-peratus-daftar-sijil-halal-peniaga-bukan-Islam#ixzz2Eh0YNJQK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, November 7, 2012

Taklimat Halal Di Dewan Suarah Kota Semarahan

 Salam sejahtera kepada semua. Ini adalah program promosi sistem HAQQ yang baru saja dijalankan di Negeri Sarawak. Majlis ini adalah anjuran HKN Consults, Jabatan Agama Islam Sarawak dan HAQQ sendiri.
 En Zubir (HAQQ) dan Pn Hajjah Asmawaty (JAIS) merupakan pelopor kepada pengenalan sistem HAQQ ke  Negeri Sarawak.
Peserta datang dari pelbagai industri sedang mendengar taklimat. Kehadiran melebihi 100 orang dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir.

Sunday, September 30, 2012



Assalam...

Nice to meet everyone again...
I'm glad to announce that we currently have engaged with Best Western and Park Royal Hotel Kuala Lumpur in addition to apply of Malaysian Halal Certification. Great teamwork between Internal Halal Committee and HAQQ member performed. We are targeting to get this halal certificate at the end of this year.

Currently HAQQ have 23 client from Kuala Lumpur and Shah Alam zone. We are now in progress to improve our Halal Management Audit System (HMAS) to Ver 3.0 for effective and efficient software for halal monitoring purposes.

Thank you very much to all our sincere clients for your continuous support.